Monday, November 7, 2011

Long time no update..

Fuh.. Punye lame x update.last post ialah semasa ry aidilfitri 2010.but now ialah ry aidiladha 2011.haha..nk Kate keje engineer o doctor keje bz memanjang,xpon... Tp aku punye bz,kalah golongan pro..haha.apepon..skang life is new..anak pon da dua.nway,ni pic terbaru my small fam.. Very cute fam.hikhik.. (sukati la puji fam sndri).
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
... Nenanti la...hikhik..

Monday, August 23, 2010

Beza Raya.

huh... 1round 16days to go to hari raya.wa...sgt x sabar.preparation??erm..x la bnyk mane.baju damia mmg dah beli sejak dlu2 lagi..so sume baju yang ada adalah baju raya.sementara dak kecik tu x reti mintak,so..mane2 baju yang cantik n elok diisytihar 'baju raya'.haha.

1. 2 tahun lepas raya, 1st time sebagai isteri n damia dalam perut lagi.tengah terkedek2 nak membesar.sgt gudgirl beliau didalam perut. tahun lepas masa raya,damia baru 6 bulan.pun sgt gudgirl... x melasak sgt.meragam pun x..sgt senang menguruskan.tahun ni.............damia lasak!buas!menakutkan!...x dapat bayangkan raya tahun ni penat tahap pe..nak pulak tgh musim mabuk ni...adoiyai... mintak2 la damia be a gudgirl lagi skali......

2. Tahun lepas sgt happy!beraya di senawang!tahun ni beraya di kuantan.erm..best jugak!suasana kampung....pagi2 after semayang raya,round sekampung...pastu tengahari melepek kekenyangan.harap2 tahun ni damia pandai mengutip duit ry sendiri!

3. Sgt2 berbeza!!kerana wan dah x ade.ok la.. x terasa sgt tahun ni sbb 1st raya kat kuantan.lps kuantan,sure balik kmpg.biasenye,perkara yang dicarik sebaik saje sampai kampung ialah................wan....!sbb nanti wan terus ajak makan.wow!tp tahun ni,carik la mkn sendri.....huhu..iskk..sedey!

4. Beza raya untuk tahun depan ialah kami berempat pula!erm....letihnye...budget pun tambah...waaaaaaaaaa.....!!!



Friday, August 13, 2010

Semoga Wan tenang di sana.

10 Aug 2010 (9.30pg).
Aku sampai di hospital serdang. Just imagine. x sampai sejam dari rembau ke serdang.memang pecut gile sbb nakkkkkkkkk sgt jumpa wan.berharap sgt sempat jumpa wan.sampai di hospital, bukan waktu melawat. tp sebut je nama pesakit n guard pun dah sedia maklum pesakit2 yang nazak. so family members dibenarkan masuk melawat. Sampai di CCU, ada pakcik, makcik n sepupu2 aku. mama pun baru lepas tgk wan. aku pun masuk. CCU yang sepatutnya masuk 2 orang pun, dah x berapa kisah sbb wan dah nazak.so,better tgk sebelum x sempat.

Aku masuk dengan aseng. sedey tgk wan. nafas dah pendek. perlahan. muka wan menghala ke kiri, dekat dengan alat pernafasan. mata wan ditutup dengan nafas. wan dah x sedar lagi. tp aku tetap bacakan di telingan wan "Lailahaillah".tapi, wan tetap kaku. yang kedengaran hanya nafas wan dan bunyi mesin alat bantuan pernafasan. nafas wan jadi kuat bunyinya sbb dipaksa oleh alat bantuan. jari tangan kiri wan ada yang dah hitam. tangan wan jadi bengkak sbb drip. urine wan pun dah x keluar lagi. buah pinggang wan dah rosak so pam urine pun x keluar. kesian wan.mesti perut sakit, kepala pening and macam2 lagi wan rasa tp x terbanding sakitnya dengan sesak nafas yang sedang wan alami skrg. bacaan heartbeat 58 je. wan dah lemah. nafas makin perlahan .....

akhirnya, mama and adik beradik buat keputusan panggilkan ustaz untuk tgk keadaan wan. mungkin ustaz dapat membantu mengurangkan sakit yang wan alami. mungkin juga ustaz dapat ramalkan keadaan yang akan terjadi. alhamdullilah, salah sorang makcik aku mengajar di MPI, bangi. so, mintak tlg ustaz situ tengokkan. masa aku, along, along boy, nana n pakdi dalam bilik wan sedang bacakan yasin, ustaz tu dtg. die tengok wan berdua dengan paknan. mula2 die tgk mata wan. lama lepas tu, die pun keluar. ustaz tu maklumkan kat semua adik beradik yang wan memang dah lemah. pakatla adik beradik dan berbincang dengan doktor, apa langkah terbaik untuk kurangkan sakit wan. nafas wan makin pendek. nadi lemah. wan seolah-olah hidup dengan mesin. ustaz tu mungkin tahu tanda-tanda orang yang sedang menghampiri saat2 kematian. mengikut islam, tiada halangan jika tidak mahu melihat die terseksa. akhirnya mama dan adik beradik berbincang dengan doktor.

tetapi, doktor x dapat mematikan bantuan pernafasan serta merta. kerana, ia seolah2 menyeksa pesakit yang sesak nafas n kita tidak membantu orang itu bernafas semula. so, apa yang doktor boleh buat ialah mengurangkan tekanan bantuan. jam dah pukul 12 tghari. lps doktor selesai, ustaz pun dah keluar, dah xde sape dlm bilik wan. aku ajak makcik aku bacakan wan yasin. so, kami masuk bertiga.

12.15tghari.
aku mula bacakan yasin. tapi bacaan yasin agak terganggu sbb bacaan kat mesin makin menurun. sekejap2 aku berhenti membaca kemudian sambung balik. mase pertengahan bacaan, bacaan heart beat turun sampai 38. ada masa wan bernafas perlahan tapi lepas tu berhenti dalam 20 saat. aku dan makcik mulai x tentu arah. tp sbb bacaan yasin belum habis, aku teruskan. muka wan bertukar agak kekuningan. nafas semakin perlahan. last ayat surah yasin, aku tengok mesin.... heartbeat wan lemah.hanya 28. aku tamatkan bacaan yasin. tiba2 nurse masuk, makcik aku tny kenapa x buang tiub susu kat hidung wan. tp nurse tu jawab........

Nurse: (sambil tengok mesin).. x sempat kite nak clear, tgk mesin tu... dah clear line.dah 0 pun.

aku terkedu tengok mesin... terkedu juga tengok wan. makcik aku dah keluar dlu panggil adik beradik yang lain. aku still duduk kat tepi wan. wan dah pergi. wan x bernafas lagi. wan pergi dengan mudah. dari nafas wan perlahan sehingga dia tiada lagi.

doktor masuk untuk sahkan kematian. aku tunggu kat luar pintu bilik wan.

Doktor: Saya dah sahkan and waktu kematian 12.45...

Macam x percaya. tadi wan ada walaupun susah bernafas, tp sekarang wan x de lagi. x lama lepas tu, baru beberapa anak2 dan cucu2 wan datang untuk tengok wan. aku x menangis. sedih tapi lega sebab wan pergi dengan tenang. aku terus keluar. tengok di tempat menunggu ramai fam members yang xde. dorg pergi makan kot... so, aku call mama.

Aku: Ma, kat mane?

Mama: Tgh makan kat bawah. Nape?

Aku: Ma, wan dah meninggal. baru je td.

Mama: Innallilah. xpela.. kita dah sedia die pergi, sbb die sakit sgt. maklong ada dgn wan masa wan meninggal?

Aku: Xde, kitorg bertiga je ada.

Mama: Awak bertuah sebab dapat ada dgn wan masa nafas terakhir wan...

Aku terus terbayang wajah wan masa tu. dlu die ketawa, buat lawak, ceria je wan.. xpenah marah kami. Wan sangat rajin mengemas. kalo tengok lipatan baju die kat almari, macam dah bertahun2 x berusik, padahal setiap hari update. Akhir2 ni wajah wan muram, kurang ceria sebab wan sakit. tp wan kuat semangat. tp hari ni... wan dah x bermaya. wan dah jauh dari kami. wan dah menikmati bahagia dulu. tunggu kehadiran kami nnt wan.... sbb kami sangat rindukan wan.

jenazah wan dimandi dan dikapankan di hospital. aku terus ke senawang and ambik damia untuk balik ke kampung. wan akan dikebumikan di jasin. tempat asal wan. lebih kurang pukul 4 ptg, aku sampai ke rumah wan. ramai dah tunggu. penuh rumah wan. kawan-kawan wan, jiran dan sedara mara... semua dtg nak jumpa wan buat kali terakhir.

jenazah wan sampai jam 530 ptg. untuk penghormatan terakhir di rumah. sejak di hospital, wan slalu sebut nak balik kampung, tp anak2 wan x benarkan sebab xde org yang akan jaga wan. so, biarlah anak2 yang jaga. untuk kali terakhir, dapat jugak wan balik ke kampung, walaupun terpisah jasad dan rohnya. dapat jugak wan melihat rumah wan buat kali terakhir. wan memang membesar di rumah tu. rumah wan sekarang, adalah rumah mak kepada wan. anak2 wan papah atuk untuk tengok wan. atuk sedey tetapi x ketara ditunjukkan. sebelum muka wan ditutup dan disempurnakan kapan, aku dtg menghampiri wan. cium pipi wan. cium dahi wan. dan pipi wan sekali lagi. sejuk. wan xde lagi. tp wajah wan nampak tenang. x macam di hospital, nmpk wan terseksa. nmpak wan lemah. tp hari ni, wan kembali tenang. yang berubah hanyalah warna kulit wan nampak kekuningan dan wan yang semakin sejuk...

air mata dah x tertanggung lagi. aku mula menangis sbb rindukan wan. terasa wan makin jauh. kami mengiringi wan ke kubur. lebih kurang pkul 6 lepas solat jenazah di masjid, wan terus dikebumikan. sedih, masa talkin dibaca. semoga wan melalui dengan mudah. untung wan... 3 kali disolat jenazah. di hospital, rumah wan dan masjid.

maka..bersemadilah wan di sana. semoga wan tenang. aku x dapat balas jasa wan. hanya surah yasin dan alfatihah yang mengiringi wan, terasa sekejap je surah yasin dibaca seolah2 x cukup2 hadiah untuk wan di sana.

x taula mcmmana sambutan raya tahun ni...

tentang atuk... buka puasa pertama ramadan, atuk menangis tersedu2.. anak2 dan cucu hanya bole menenangkan atuk. tp atuk tetap menangis di meja makan. teringat kenangan bersama wan. kami faham tuk.....kesian atuk. atuk pun x sihat jugak. slalu semput. wan yang sediakan kelengkapan atuk, baju atuk, ubat atuk.... sekarang wan xde lagi. atuk perlu berdikari. alhamdullilah... anak2 atuk ramai.. bole tgk atuk. cucu2 atuk pun dah besar..bole jenguk atuk.

Semoga Allah kuatkan semangat atuk dalam menempuh hari2 tua.... tanpa wan disisi. Amin.



wan... till 10August2010.. a day before ramadan. we gonna miss u wan...

tenangkan hati.

9 Aug 2010.
semalam aku nak pegi hospital lps balik kerja tp settle ambik damia kat rumah pengasuh and siapkan keperluan dia pun da lewat.da dekat pukul 6 mase tu.kebetulan siti (my collegue) pun nk ikut skali jenguk wan.ntah nape hati rs x sedap. tp memandangkan da lewat,so batalkan saje niat. mlm ni just tny mama,camne keadaan wan. xpun,esok aku plan keluar awal untuk terus rush ke hospital. bukan ape, wan di CCU,waktu melawat pun limit sampai pkul 730 je.tu belum jem lagi sbb time org balik kerja.skali masuk ke CCU, 2 org je dibenarkan. tunggu turn lagi..erm..sure x sempat. so batalkan saje niat n ajak siti makan burger special di paroi.huhu. lupe ckit kisah wan.

mlm tu, terus tny mama keadaan wan. mama kata, petang td wan ade jugak bg respon guna mata. bila kita panggil,biji mata dia gerak2. tp mata dia dah x bleh tutup sgt.memandang ke atas.maybe berkaitan dgn saraf. dan mungkin juga tanda-tanda........................
mama x la bagi harapan, sbb mama kata mata wan memandang selorong ke atas. erm.. risau dgr mcm tu. ape2 pun, esok mama akan bercuti. standby sebagai waris if anything happen....

semoga Allah kurangkan kesakitan yang wan alami. amin..

10 Aug 2010.
sebelum pukul 8 aku dah sampai ofis. kemas meja n ape2 yang patut, terus buka laptop. konon nak menyediakan bahan mengajar for dis week. baru mengodek ape patut dlm laptop, dlm pukul 8.32 mama cal. aku sgt cuak nak menjawab cal tu, sbb risau bnd buruk yang dia nak maklumkan sbb before pergi ofis td, mama x de pulak pesan apa2...

Aku: Hello... ma, nape?

Mama: Hello, suruh hashim pergi hospital skrang. wan dah nazak.

...............................masa tu rasa langit nak runtuh.bnd yang paling ditakuti akhirnya muncul juga.

Aku: Betul ke?

Mama: Td hospital cal bgtau keadaan wan agak tenat. so, mana2 family yang dekat, pergila tengok wan dlu. mama pun otw ni.

Lepas cakap ngan mama, aku termenung kejap. Nak sambung kerja??? x bole...... nak tunggu n lihat je dr cni??? lagi la x bole...so,...

Aku: Hello ma, kalo rush ke sana sempat x jumpa wan?

Mama: sempat x sempat tu x tau la. kalo nk pegi, pegi la.. at least, kalo dapat jumpe, alhamdullilah.

maka, tanpa membuang masa, aku terus pecut ke highway. xtau la brape ketul saman akan sampai. maafkan aku abg polisi, ni kes terpaksa sgt2..

semua demi wan.dapat tengok wan sebelum dia pergi. dapat hadiahkan yasin bagi mengurangi kesakitan yang dialami...... menemani wan sekurang2 wan tidak akan rasa keseorangan...

Monday, August 9, 2010

"Sambal Hijau" wan..

pagi tadi, cousin aku YM. die kata semalam, badan wan dah bengkak2. perut pun dah kembung sbb urin da x kluar. sedih. wan sakit sgt...cume wan x terluah..


sebenarnya, 2 3 ari before wan dimasukkan ke hosp melaka (masa mule2 die admit), wan dtg ke seremban. masa tu along aku wat doa selamat sempena masuk umah baru. wan tengah demam.die duduk je kat bawah kemah. aku duduk ngan wan..lepak2 cam biase.wat lawak bla..bla... pastu mkn2... mlm tu jugak wan balik ke kampung. 2 3 ari lps tu, pakman dtg jenguk wan kat kampung, tgk wan sgt lemah.... dan bermula la sakit wan...

wan masa birthday damia o4o4201o.



masa ni wan sehat lg.just kencing manis n darah tinggi yang x lah seteruk mane.wan masih ceria time ni.. see,masih boleh berparty.hehe...

dlu, mase aku pantang, wan yang jaga. die duk umah mak aku, tlg masak simple2 (tp upah org kedai masak jugak), jg damia, mandikan damia dsb.. walaupun, x la jage beriya, tp betterla dari aku dok sesorg berpantang sorang2. 2minggu wan jaga.pastu aku jg dri sendri seminggu sebelum aku berpantang ngan mak mertua di kuantan. seminggu di kuantan, direct ke umah wan sbb wan majlis akikah damia. x sangka... wan da prepare buaian berendoi.siap panggil kumpulan marhaban... aku x tau ape2..tau2 je,da macam2 persiapan wan buat utk majlis ni. trima kasih wan..........................

favorite kami sekeluarga ialah sambal hijau wan. x la complicated, just cili ijau, cili merah, bawang n telur....rasa nye..memang awesome!kalo wan masak sambal ijau n cucu2 wan balik, sure licin sambal walaupun lauk ikan kering goreng. sbb wan masak ape2 pun sedap. nak pulak masak lemak... peh..... memang sedap!walaupun aku tgk wan campak2 je dalam periuk.wan mmg best. trima kasih wan....................

dlu, cuti skola time kecik2 kompem mak ayah aku suh duk kampung duk ngn wan.em... sbb da biase,ok je duk ngan wan.wan suke entertain kami. kalo tau kami balik, wan beli macam2 jajan dlm peti ais... sonot!nak pulak aiskrim batang tu.banyak!n tetiap bulan,kompem wan beli URTV.walaupun wan x tau bc...tp die tau cucu2 wan akan baca...
er... ari ni cukup coretan untuk wan. kena g hosp tgk wan. nnt cont..
 
doa agar wan lebih sehat n tenang hari ni....

Doa untuk Wan...

hari ni aku rs sebak semacam. rs cam nak nanges tp xkan la x pasal2 pulak nak nanges tanpa sebab kan?hik. sebenarnya, pasal wan tersayang. dah dekat 2 bulan wan masuk hospital. puncanya demam. pastu tekanan darah jd tinggi. at the same time, jantung lemah.so.. warded la jawabnye.terkejut dgr wan masuk hospital bcoz before dis,atuk je yg slalo warded. skali wan masuk,terus teruk.die jd x tentu arah. badan panas semcm. ade satu ari tu, kat hosp melaka, doc panggil ahli kuarga yg ada, nak kejarkan die naik ambulans ke hosp serdang mlm tu jugak sbb nak pasangkan pacemaker ke jantung. dengan bantuan bateri,InsyaAllah heartbeat akan kuat... so,mlm tu jugak diorg pasang temporary pacemaker. mase tu wan da lemah.. seminggu lps tu, baru doc decide utk psg permanent pacemaker.. itu pun lps darah die kurang berkuman.. erm..mcm2..

lps pasang pacemaker,wan nmpk sehat.da bole balik ke senawang utk anak2 n cucu2 jg but x dapat berjln. bukan pe.. sbb da lame baring..da lupe teknik jln.huhu... nk mandi pun,kena angkat ke bilik air.. org lain kena mndikan. Aca la jd tukang mnd n pakaikan wan pampers.huhu. aku tukang cuci luka kat kaki wan... tukang msak dsb.

wan kuat semangat.ms xleh jln tu,die asik nak g berurut kat lubok cino.umh wan long enon.mase tu,wan nak merintih,meluah kt wan long...tp wan long asik kate.."ala..biaso la..dah tuo2..memcm la sakit eiiii"... wan diam. wan sedey tu. die x penah sakit teruk. asik mengadu nak balik kampung tp sapo nk jago wan.................?? at last,pas 2 weeks die asik nak balik, aca si hampagas tu pon bwk la die balik pagi..ptg lik senawang lik.dia puas ati n diam.puas ati dapat jumpe member sekampung.berhimpun member2 ke umah..nak melawat wan ni.balik dr kmpg, wan nmpk happy.da bole jalan2 ckit walaupun kene papah... mkn pun da ke dapur tp kene ade org angkat.nasib ade pakjun... xpon aca.tu je yg kuat angkat wan...

minggu berikutnya,wan da duduk umh maklong kat pd... pastu umah cik lina.. tp dalam waktu tu, 2 3 kali gak wan admitted ke hosp PD.die da muak duk hosp. last skali... die kena jugak admit ke hosp serdang.slpas doc x puas ati dgn tahap kesihatan wan... slalu sesak nafas so kena pakai bantuan oksigen.yang menjadi masalah... darah wan dah dijangkiti kuman...

permanent pacemaker terpaksa dikuarkan.ganti ngan temporary pacemaker yg tergantung di katil.wan slalu sesak nafas kebelakangan... adalah disebabkan paru2 da dijangkiti kuman.

paling menyedihkan, last week,wan terpaksa menggunakan bantuan pernafasan direct dr mulut terus ke paru2. wan dimorfinkan supaya x bergerak. wan da susah nak bernafas.. pakjun cerita, pg tu,tetibe wan jd sesak nafas.die panggil doc,..baru la doc wat bantuan tu pun wan da lemah sgt... ptg tu, aku dtg tgk wan.ada darah ckit kat mulut, sbb wan meronta masa dipakaikan... sakit beb..... wan dan CCU dah sebati.. india yg jg pintu CCU tu pon da kenal kitorg gaknye.....

kamis lepas, sepatutnye doc nak cabut alat pernafasan dr mulut tu, nak ganti tebuk kat leher. so, wan akan ade minor operation. sbb dikhuatiri lama sgt bantuan direct dr mulut, akan dijangkiti kuman lg... tp, pg tu cancel lagi.sbb darah masih berkuman n buah pinggang pun da x berfungsi..

macam2 masalah wan....paru-paru pun just 5% berfungsi... buah pinggang da x berfungsi so kena pam urine utk sedut kluar. darah dalam bdan berkuman,dan jantung menggunakan batteri. wan memang ada kencing manis.so,ibu jari kaki wan dah hitam.. tempat luka bawah kaki yang aku cuci dlu pun da itam.... jari tgn pun,a few da hitam... jari tgn kanan ok lg.kesian wan...

die sakit.tp x leh ckp.last week, aku leh lg jumpe die time die sedar... tp die just bukak mata.masuk je bilik wan, ciklina ckp "mak bukak mata, amus dtg"... wan terus bukak mata.tp x leh pusing kepala.kite yg kena pegi kat die.mase aku nk balik, aku ckp..."wan, amus balik dlu..."wan bukak mata lg... n kelip2 mata.. tanda ya kot.. sepnjang wan sedar tu, nmpk wan susah nak telan air liur.. sbb tiub pernafasan tu besar dlm tekak die.....aku salam wan.wan x bole angkat tgn... so,kena selak selimut.cium tgn wan.tgn wan sejuk................

tu last wan sedar.... lps tu wan x sedar dah.. jumaat lps aku jengok wan lagi. pintu bilik wan da ditutup. pelawat kena pakai mask n cuci tgn sbb dikhuatiri jangkitan bersilang. sunyi je bilik wan.yang dgr hanya ayat suci al-quran.. surah yasin mmg dipasang sepnjang wan di CCU.moga Allah permudahkan urusan Nya.ringankan sakit wan....

tangan wan dah bengkak.... muka wan pun nampak berisi. sbb drip. susu dimasukkan melalui hidung direct ke usus. kesian wan... kalo bukan sbb drip, mesti wan kurus..pucat... bibir wan pun da kering.rambut wan nipis. mcm bukan wan aku kenal sbelum ni.wan sebelum ni sgt kuat semangat..jarang sakit... erm....

semoga Allah memudahkan urusan berkaitan wan. kalo ditakdirkan wan akan pergi,biarla wan pergi dgn tenang. kalo wan akan sehat, biar la sehat seperti sediakala. buat ms ni, doc x meletakkan sebarang harapan.... hanya doa yang mengiringi wan tersayang.....

Wednesday, June 30, 2010

Poyo-poyo.

Memang poyo.

X caye..tengok jelitawan-jelitawan di bawah ini.. menjoinkan diri di satu aktiviti POCO-POCO dalam keadaan POYO-POYO.. hahaha. Actually, semalam ada poco-poco untuk student baru. orientasi la kirenye..  anyway, atas pentas tu ade instructor juge jelitawan cume gambar x dapat ditayangkan di sini kerana masih belum mampu mengatasi kejelitaan kami.. SO.. saksikan jelitawan ini..

{jelitawan mamamia bersama mamaaqil... finalist Jelitawan 2010. di belakang orang ramai sedang berpoco-poco. GEMUK!} 


{close up wajah jelitawan.. hahaha.nampak sangat malas berpoco-poco.. leh duduk saja tanpa rase bersalah!}


Actually ada sorang lagi jelitawan yang hampir tersungkur ketika pertandingan JELITAWAN 2010 turut sama berpoyo-poyo tetapi tiada dalam gambar poco-poco sebab dia adalah jurugambar kami pada ketika itu. HAHAHA. tapi, aku tetap upload gambar die walaupun gambar ni di'snap' ketika birthday raksasa kecik. 


{ini lah die misssiti.. masih solo dan comey lote.. sesape berkenan hubungi saye!}

JANGAN MARAH cik CT!

Kitorang berpoco-poco gak la. Step yang instructor ajar tu susah gak tp berbekalkan sedikit pengetahuan dalam ilmu poco-poco ni, leh la follow step beliau. Tapi.. SANGATTT x comey berpoco-poco memakai baju kurung. AND yang paling penting pada hari itu aku berpuasa.

ERM.. balik terus melepek. LAPARRRR..... AIR... AIR...

Nasib kuat iman. eh?




repek:: sangat riso.. damia cirit birit and demam malam tadi..

Monday, June 28, 2010

Relax Panjang II.

OK.
the next day, aku n family serta mak mertua berjalan ke JOM HEBOH bandar Kuantan. Ia bukan lah suatu kebiasaan tetapi julung2 kali berjalan ke tempat sesak cenggini, just membuang masa, membuang duit, membuang tenaga dan buang segala2 yang ada. haha. JAM! tp.. maybe kitorang pegi malam, so x bnyak sangat xtiviti. Gerai pun macam... erm. Masa tengah memilih kasut dak kecik tu, org gerai kasut crocs tu nak bungkus da. eh?baru kol 830 dah nak tutup?erm... cam x best pulak. Habis round, trus balik. Just beli kasut damia, Yogurt BLISS..(ni wajib), compact powder, belon, Scott Emulsion, n beberapa items.. eh.. macam bnyak pulak.


{kami di pesta.ceria kan???abaikan tudung yang same...}

{dak kecik yang sangat suke melasak!terpaksa berkejaran dengan beliau!pantang lepas!}

Ni je a few gambar yang disnap. sejak da gemuk ni malas nak bergambar. Nak ambik gambar org pun malas. hahaha. Esoknye aku nak pegi lagi, coz my sis in law kate kat luar padang lagiiiiiiii bnyak barang murah. aku ni kepantangan mendengar ade jualan murah. tp jem yang teramattt sangat, lantas Aseng bertanya kepadaku dengan lemah lembut agar perasaan ku tidak terguris "x yah la pegi.. JAM sangat..lain kali la..lagipun, kite nak lik seremban dah ni, kite pegi taman teruntum k??"eh..apekah persamaan JUALAN MURAH JOM HEBOH dan MINI ZOO TAMAN TERUNTUM??!!! waaaaaaaaaa...
tapi, sebab die pun cam tensi jammed and bercakap baik dengan ku, so.. aku pun balas dengan baik. ..

Akhirnye, berjalan la kami di MINI ZOO Taman Teruntum melawat Ular Sawa Batik, Burung Botak, Burung Helang, Musang Pulut, Kuda Padi dan Aseng Nasi Kukus. HAHA... tula.. x bawak g jualan murah, bawak saya makan nasi kukus malam ni.

see... ape persamaannye?
HANGIN.