Friday, August 13, 2010

Semoga Wan tenang di sana.

10 Aug 2010 (9.30pg).
Aku sampai di hospital serdang. Just imagine. x sampai sejam dari rembau ke serdang.memang pecut gile sbb nakkkkkkkkk sgt jumpa wan.berharap sgt sempat jumpa wan.sampai di hospital, bukan waktu melawat. tp sebut je nama pesakit n guard pun dah sedia maklum pesakit2 yang nazak. so family members dibenarkan masuk melawat. Sampai di CCU, ada pakcik, makcik n sepupu2 aku. mama pun baru lepas tgk wan. aku pun masuk. CCU yang sepatutnya masuk 2 orang pun, dah x berapa kisah sbb wan dah nazak.so,better tgk sebelum x sempat.

Aku masuk dengan aseng. sedey tgk wan. nafas dah pendek. perlahan. muka wan menghala ke kiri, dekat dengan alat pernafasan. mata wan ditutup dengan nafas. wan dah x sedar lagi. tp aku tetap bacakan di telingan wan "Lailahaillah".tapi, wan tetap kaku. yang kedengaran hanya nafas wan dan bunyi mesin alat bantuan pernafasan. nafas wan jadi kuat bunyinya sbb dipaksa oleh alat bantuan. jari tangan kiri wan ada yang dah hitam. tangan wan jadi bengkak sbb drip. urine wan pun dah x keluar lagi. buah pinggang wan dah rosak so pam urine pun x keluar. kesian wan.mesti perut sakit, kepala pening and macam2 lagi wan rasa tp x terbanding sakitnya dengan sesak nafas yang sedang wan alami skrg. bacaan heartbeat 58 je. wan dah lemah. nafas makin perlahan .....

akhirnya, mama and adik beradik buat keputusan panggilkan ustaz untuk tgk keadaan wan. mungkin ustaz dapat membantu mengurangkan sakit yang wan alami. mungkin juga ustaz dapat ramalkan keadaan yang akan terjadi. alhamdullilah, salah sorang makcik aku mengajar di MPI, bangi. so, mintak tlg ustaz situ tengokkan. masa aku, along, along boy, nana n pakdi dalam bilik wan sedang bacakan yasin, ustaz tu dtg. die tengok wan berdua dengan paknan. mula2 die tgk mata wan. lama lepas tu, die pun keluar. ustaz tu maklumkan kat semua adik beradik yang wan memang dah lemah. pakatla adik beradik dan berbincang dengan doktor, apa langkah terbaik untuk kurangkan sakit wan. nafas wan makin pendek. nadi lemah. wan seolah-olah hidup dengan mesin. ustaz tu mungkin tahu tanda-tanda orang yang sedang menghampiri saat2 kematian. mengikut islam, tiada halangan jika tidak mahu melihat die terseksa. akhirnya mama dan adik beradik berbincang dengan doktor.

tetapi, doktor x dapat mematikan bantuan pernafasan serta merta. kerana, ia seolah2 menyeksa pesakit yang sesak nafas n kita tidak membantu orang itu bernafas semula. so, apa yang doktor boleh buat ialah mengurangkan tekanan bantuan. jam dah pukul 12 tghari. lps doktor selesai, ustaz pun dah keluar, dah xde sape dlm bilik wan. aku ajak makcik aku bacakan wan yasin. so, kami masuk bertiga.

12.15tghari.
aku mula bacakan yasin. tapi bacaan yasin agak terganggu sbb bacaan kat mesin makin menurun. sekejap2 aku berhenti membaca kemudian sambung balik. mase pertengahan bacaan, bacaan heart beat turun sampai 38. ada masa wan bernafas perlahan tapi lepas tu berhenti dalam 20 saat. aku dan makcik mulai x tentu arah. tp sbb bacaan yasin belum habis, aku teruskan. muka wan bertukar agak kekuningan. nafas semakin perlahan. last ayat surah yasin, aku tengok mesin.... heartbeat wan lemah.hanya 28. aku tamatkan bacaan yasin. tiba2 nurse masuk, makcik aku tny kenapa x buang tiub susu kat hidung wan. tp nurse tu jawab........

Nurse: (sambil tengok mesin).. x sempat kite nak clear, tgk mesin tu... dah clear line.dah 0 pun.

aku terkedu tengok mesin... terkedu juga tengok wan. makcik aku dah keluar dlu panggil adik beradik yang lain. aku still duduk kat tepi wan. wan dah pergi. wan x bernafas lagi. wan pergi dengan mudah. dari nafas wan perlahan sehingga dia tiada lagi.

doktor masuk untuk sahkan kematian. aku tunggu kat luar pintu bilik wan.

Doktor: Saya dah sahkan and waktu kematian 12.45...

Macam x percaya. tadi wan ada walaupun susah bernafas, tp sekarang wan x de lagi. x lama lepas tu, baru beberapa anak2 dan cucu2 wan datang untuk tengok wan. aku x menangis. sedih tapi lega sebab wan pergi dengan tenang. aku terus keluar. tengok di tempat menunggu ramai fam members yang xde. dorg pergi makan kot... so, aku call mama.

Aku: Ma, kat mane?

Mama: Tgh makan kat bawah. Nape?

Aku: Ma, wan dah meninggal. baru je td.

Mama: Innallilah. xpela.. kita dah sedia die pergi, sbb die sakit sgt. maklong ada dgn wan masa wan meninggal?

Aku: Xde, kitorg bertiga je ada.

Mama: Awak bertuah sebab dapat ada dgn wan masa nafas terakhir wan...

Aku terus terbayang wajah wan masa tu. dlu die ketawa, buat lawak, ceria je wan.. xpenah marah kami. Wan sangat rajin mengemas. kalo tengok lipatan baju die kat almari, macam dah bertahun2 x berusik, padahal setiap hari update. Akhir2 ni wajah wan muram, kurang ceria sebab wan sakit. tp wan kuat semangat. tp hari ni... wan dah x bermaya. wan dah jauh dari kami. wan dah menikmati bahagia dulu. tunggu kehadiran kami nnt wan.... sbb kami sangat rindukan wan.

jenazah wan dimandi dan dikapankan di hospital. aku terus ke senawang and ambik damia untuk balik ke kampung. wan akan dikebumikan di jasin. tempat asal wan. lebih kurang pukul 4 ptg, aku sampai ke rumah wan. ramai dah tunggu. penuh rumah wan. kawan-kawan wan, jiran dan sedara mara... semua dtg nak jumpa wan buat kali terakhir.

jenazah wan sampai jam 530 ptg. untuk penghormatan terakhir di rumah. sejak di hospital, wan slalu sebut nak balik kampung, tp anak2 wan x benarkan sebab xde org yang akan jaga wan. so, biarlah anak2 yang jaga. untuk kali terakhir, dapat jugak wan balik ke kampung, walaupun terpisah jasad dan rohnya. dapat jugak wan melihat rumah wan buat kali terakhir. wan memang membesar di rumah tu. rumah wan sekarang, adalah rumah mak kepada wan. anak2 wan papah atuk untuk tengok wan. atuk sedey tetapi x ketara ditunjukkan. sebelum muka wan ditutup dan disempurnakan kapan, aku dtg menghampiri wan. cium pipi wan. cium dahi wan. dan pipi wan sekali lagi. sejuk. wan xde lagi. tp wajah wan nampak tenang. x macam di hospital, nmpk wan terseksa. nmpak wan lemah. tp hari ni, wan kembali tenang. yang berubah hanyalah warna kulit wan nampak kekuningan dan wan yang semakin sejuk...

air mata dah x tertanggung lagi. aku mula menangis sbb rindukan wan. terasa wan makin jauh. kami mengiringi wan ke kubur. lebih kurang pkul 6 lepas solat jenazah di masjid, wan terus dikebumikan. sedih, masa talkin dibaca. semoga wan melalui dengan mudah. untung wan... 3 kali disolat jenazah. di hospital, rumah wan dan masjid.

maka..bersemadilah wan di sana. semoga wan tenang. aku x dapat balas jasa wan. hanya surah yasin dan alfatihah yang mengiringi wan, terasa sekejap je surah yasin dibaca seolah2 x cukup2 hadiah untuk wan di sana.

x taula mcmmana sambutan raya tahun ni...

tentang atuk... buka puasa pertama ramadan, atuk menangis tersedu2.. anak2 dan cucu hanya bole menenangkan atuk. tp atuk tetap menangis di meja makan. teringat kenangan bersama wan. kami faham tuk.....kesian atuk. atuk pun x sihat jugak. slalu semput. wan yang sediakan kelengkapan atuk, baju atuk, ubat atuk.... sekarang wan xde lagi. atuk perlu berdikari. alhamdullilah... anak2 atuk ramai.. bole tgk atuk. cucu2 atuk pun dah besar..bole jenguk atuk.

Semoga Allah kuatkan semangat atuk dalam menempuh hari2 tua.... tanpa wan disisi. Amin.



wan... till 10August2010.. a day before ramadan. we gonna miss u wan...

1 comment:

Anonymous said...

al-fatihah...


pandai jugak ex-golfren aku mngarang!haha.