Monday, August 23, 2010

Beza Raya.

huh... 1round 16days to go to hari raya.wa...sgt x sabar.preparation??erm..x la bnyk mane.baju damia mmg dah beli sejak dlu2 lagi..so sume baju yang ada adalah baju raya.sementara dak kecik tu x reti mintak,so..mane2 baju yang cantik n elok diisytihar 'baju raya'.haha.

1. 2 tahun lepas raya, 1st time sebagai isteri n damia dalam perut lagi.tengah terkedek2 nak membesar.sgt gudgirl beliau didalam perut. tahun lepas masa raya,damia baru 6 bulan.pun sgt gudgirl... x melasak sgt.meragam pun x..sgt senang menguruskan.tahun ni.............damia lasak!buas!menakutkan!...x dapat bayangkan raya tahun ni penat tahap pe..nak pulak tgh musim mabuk ni...adoiyai... mintak2 la damia be a gudgirl lagi skali......

2. Tahun lepas sgt happy!beraya di senawang!tahun ni beraya di kuantan.erm..best jugak!suasana kampung....pagi2 after semayang raya,round sekampung...pastu tengahari melepek kekenyangan.harap2 tahun ni damia pandai mengutip duit ry sendiri!

3. Sgt2 berbeza!!kerana wan dah x ade.ok la.. x terasa sgt tahun ni sbb 1st raya kat kuantan.lps kuantan,sure balik kmpg.biasenye,perkara yang dicarik sebaik saje sampai kampung ialah................wan....!sbb nanti wan terus ajak makan.wow!tp tahun ni,carik la mkn sendri.....huhu..iskk..sedey!

4. Beza raya untuk tahun depan ialah kami berempat pula!erm....letihnye...budget pun tambah...waaaaaaaaaa.....!!!



Friday, August 13, 2010

Semoga Wan tenang di sana.

10 Aug 2010 (9.30pg).
Aku sampai di hospital serdang. Just imagine. x sampai sejam dari rembau ke serdang.memang pecut gile sbb nakkkkkkkkk sgt jumpa wan.berharap sgt sempat jumpa wan.sampai di hospital, bukan waktu melawat. tp sebut je nama pesakit n guard pun dah sedia maklum pesakit2 yang nazak. so family members dibenarkan masuk melawat. Sampai di CCU, ada pakcik, makcik n sepupu2 aku. mama pun baru lepas tgk wan. aku pun masuk. CCU yang sepatutnya masuk 2 orang pun, dah x berapa kisah sbb wan dah nazak.so,better tgk sebelum x sempat.

Aku masuk dengan aseng. sedey tgk wan. nafas dah pendek. perlahan. muka wan menghala ke kiri, dekat dengan alat pernafasan. mata wan ditutup dengan nafas. wan dah x sedar lagi. tp aku tetap bacakan di telingan wan "Lailahaillah".tapi, wan tetap kaku. yang kedengaran hanya nafas wan dan bunyi mesin alat bantuan pernafasan. nafas wan jadi kuat bunyinya sbb dipaksa oleh alat bantuan. jari tangan kiri wan ada yang dah hitam. tangan wan jadi bengkak sbb drip. urine wan pun dah x keluar lagi. buah pinggang wan dah rosak so pam urine pun x keluar. kesian wan.mesti perut sakit, kepala pening and macam2 lagi wan rasa tp x terbanding sakitnya dengan sesak nafas yang sedang wan alami skrg. bacaan heartbeat 58 je. wan dah lemah. nafas makin perlahan .....

akhirnya, mama and adik beradik buat keputusan panggilkan ustaz untuk tgk keadaan wan. mungkin ustaz dapat membantu mengurangkan sakit yang wan alami. mungkin juga ustaz dapat ramalkan keadaan yang akan terjadi. alhamdullilah, salah sorang makcik aku mengajar di MPI, bangi. so, mintak tlg ustaz situ tengokkan. masa aku, along, along boy, nana n pakdi dalam bilik wan sedang bacakan yasin, ustaz tu dtg. die tengok wan berdua dengan paknan. mula2 die tgk mata wan. lama lepas tu, die pun keluar. ustaz tu maklumkan kat semua adik beradik yang wan memang dah lemah. pakatla adik beradik dan berbincang dengan doktor, apa langkah terbaik untuk kurangkan sakit wan. nafas wan makin pendek. nadi lemah. wan seolah-olah hidup dengan mesin. ustaz tu mungkin tahu tanda-tanda orang yang sedang menghampiri saat2 kematian. mengikut islam, tiada halangan jika tidak mahu melihat die terseksa. akhirnya mama dan adik beradik berbincang dengan doktor.

tetapi, doktor x dapat mematikan bantuan pernafasan serta merta. kerana, ia seolah2 menyeksa pesakit yang sesak nafas n kita tidak membantu orang itu bernafas semula. so, apa yang doktor boleh buat ialah mengurangkan tekanan bantuan. jam dah pukul 12 tghari. lps doktor selesai, ustaz pun dah keluar, dah xde sape dlm bilik wan. aku ajak makcik aku bacakan wan yasin. so, kami masuk bertiga.

12.15tghari.
aku mula bacakan yasin. tapi bacaan yasin agak terganggu sbb bacaan kat mesin makin menurun. sekejap2 aku berhenti membaca kemudian sambung balik. mase pertengahan bacaan, bacaan heart beat turun sampai 38. ada masa wan bernafas perlahan tapi lepas tu berhenti dalam 20 saat. aku dan makcik mulai x tentu arah. tp sbb bacaan yasin belum habis, aku teruskan. muka wan bertukar agak kekuningan. nafas semakin perlahan. last ayat surah yasin, aku tengok mesin.... heartbeat wan lemah.hanya 28. aku tamatkan bacaan yasin. tiba2 nurse masuk, makcik aku tny kenapa x buang tiub susu kat hidung wan. tp nurse tu jawab........

Nurse: (sambil tengok mesin).. x sempat kite nak clear, tgk mesin tu... dah clear line.dah 0 pun.

aku terkedu tengok mesin... terkedu juga tengok wan. makcik aku dah keluar dlu panggil adik beradik yang lain. aku still duduk kat tepi wan. wan dah pergi. wan x bernafas lagi. wan pergi dengan mudah. dari nafas wan perlahan sehingga dia tiada lagi.

doktor masuk untuk sahkan kematian. aku tunggu kat luar pintu bilik wan.

Doktor: Saya dah sahkan and waktu kematian 12.45...

Macam x percaya. tadi wan ada walaupun susah bernafas, tp sekarang wan x de lagi. x lama lepas tu, baru beberapa anak2 dan cucu2 wan datang untuk tengok wan. aku x menangis. sedih tapi lega sebab wan pergi dengan tenang. aku terus keluar. tengok di tempat menunggu ramai fam members yang xde. dorg pergi makan kot... so, aku call mama.

Aku: Ma, kat mane?

Mama: Tgh makan kat bawah. Nape?

Aku: Ma, wan dah meninggal. baru je td.

Mama: Innallilah. xpela.. kita dah sedia die pergi, sbb die sakit sgt. maklong ada dgn wan masa wan meninggal?

Aku: Xde, kitorg bertiga je ada.

Mama: Awak bertuah sebab dapat ada dgn wan masa nafas terakhir wan...

Aku terus terbayang wajah wan masa tu. dlu die ketawa, buat lawak, ceria je wan.. xpenah marah kami. Wan sangat rajin mengemas. kalo tengok lipatan baju die kat almari, macam dah bertahun2 x berusik, padahal setiap hari update. Akhir2 ni wajah wan muram, kurang ceria sebab wan sakit. tp wan kuat semangat. tp hari ni... wan dah x bermaya. wan dah jauh dari kami. wan dah menikmati bahagia dulu. tunggu kehadiran kami nnt wan.... sbb kami sangat rindukan wan.

jenazah wan dimandi dan dikapankan di hospital. aku terus ke senawang and ambik damia untuk balik ke kampung. wan akan dikebumikan di jasin. tempat asal wan. lebih kurang pukul 4 ptg, aku sampai ke rumah wan. ramai dah tunggu. penuh rumah wan. kawan-kawan wan, jiran dan sedara mara... semua dtg nak jumpa wan buat kali terakhir.

jenazah wan sampai jam 530 ptg. untuk penghormatan terakhir di rumah. sejak di hospital, wan slalu sebut nak balik kampung, tp anak2 wan x benarkan sebab xde org yang akan jaga wan. so, biarlah anak2 yang jaga. untuk kali terakhir, dapat jugak wan balik ke kampung, walaupun terpisah jasad dan rohnya. dapat jugak wan melihat rumah wan buat kali terakhir. wan memang membesar di rumah tu. rumah wan sekarang, adalah rumah mak kepada wan. anak2 wan papah atuk untuk tengok wan. atuk sedey tetapi x ketara ditunjukkan. sebelum muka wan ditutup dan disempurnakan kapan, aku dtg menghampiri wan. cium pipi wan. cium dahi wan. dan pipi wan sekali lagi. sejuk. wan xde lagi. tp wajah wan nampak tenang. x macam di hospital, nmpk wan terseksa. nmpak wan lemah. tp hari ni, wan kembali tenang. yang berubah hanyalah warna kulit wan nampak kekuningan dan wan yang semakin sejuk...

air mata dah x tertanggung lagi. aku mula menangis sbb rindukan wan. terasa wan makin jauh. kami mengiringi wan ke kubur. lebih kurang pkul 6 lepas solat jenazah di masjid, wan terus dikebumikan. sedih, masa talkin dibaca. semoga wan melalui dengan mudah. untung wan... 3 kali disolat jenazah. di hospital, rumah wan dan masjid.

maka..bersemadilah wan di sana. semoga wan tenang. aku x dapat balas jasa wan. hanya surah yasin dan alfatihah yang mengiringi wan, terasa sekejap je surah yasin dibaca seolah2 x cukup2 hadiah untuk wan di sana.

x taula mcmmana sambutan raya tahun ni...

tentang atuk... buka puasa pertama ramadan, atuk menangis tersedu2.. anak2 dan cucu hanya bole menenangkan atuk. tp atuk tetap menangis di meja makan. teringat kenangan bersama wan. kami faham tuk.....kesian atuk. atuk pun x sihat jugak. slalu semput. wan yang sediakan kelengkapan atuk, baju atuk, ubat atuk.... sekarang wan xde lagi. atuk perlu berdikari. alhamdullilah... anak2 atuk ramai.. bole tgk atuk. cucu2 atuk pun dah besar..bole jenguk atuk.

Semoga Allah kuatkan semangat atuk dalam menempuh hari2 tua.... tanpa wan disisi. Amin.



wan... till 10August2010.. a day before ramadan. we gonna miss u wan...

tenangkan hati.

9 Aug 2010.
semalam aku nak pegi hospital lps balik kerja tp settle ambik damia kat rumah pengasuh and siapkan keperluan dia pun da lewat.da dekat pukul 6 mase tu.kebetulan siti (my collegue) pun nk ikut skali jenguk wan.ntah nape hati rs x sedap. tp memandangkan da lewat,so batalkan saje niat. mlm ni just tny mama,camne keadaan wan. xpun,esok aku plan keluar awal untuk terus rush ke hospital. bukan ape, wan di CCU,waktu melawat pun limit sampai pkul 730 je.tu belum jem lagi sbb time org balik kerja.skali masuk ke CCU, 2 org je dibenarkan. tunggu turn lagi..erm..sure x sempat. so batalkan saje niat n ajak siti makan burger special di paroi.huhu. lupe ckit kisah wan.

mlm tu, terus tny mama keadaan wan. mama kata, petang td wan ade jugak bg respon guna mata. bila kita panggil,biji mata dia gerak2. tp mata dia dah x bleh tutup sgt.memandang ke atas.maybe berkaitan dgn saraf. dan mungkin juga tanda-tanda........................
mama x la bagi harapan, sbb mama kata mata wan memandang selorong ke atas. erm.. risau dgr mcm tu. ape2 pun, esok mama akan bercuti. standby sebagai waris if anything happen....

semoga Allah kurangkan kesakitan yang wan alami. amin..

10 Aug 2010.
sebelum pukul 8 aku dah sampai ofis. kemas meja n ape2 yang patut, terus buka laptop. konon nak menyediakan bahan mengajar for dis week. baru mengodek ape patut dlm laptop, dlm pukul 8.32 mama cal. aku sgt cuak nak menjawab cal tu, sbb risau bnd buruk yang dia nak maklumkan sbb before pergi ofis td, mama x de pulak pesan apa2...

Aku: Hello... ma, nape?

Mama: Hello, suruh hashim pergi hospital skrang. wan dah nazak.

...............................masa tu rasa langit nak runtuh.bnd yang paling ditakuti akhirnya muncul juga.

Aku: Betul ke?

Mama: Td hospital cal bgtau keadaan wan agak tenat. so, mana2 family yang dekat, pergila tengok wan dlu. mama pun otw ni.

Lepas cakap ngan mama, aku termenung kejap. Nak sambung kerja??? x bole...... nak tunggu n lihat je dr cni??? lagi la x bole...so,...

Aku: Hello ma, kalo rush ke sana sempat x jumpa wan?

Mama: sempat x sempat tu x tau la. kalo nk pegi, pegi la.. at least, kalo dapat jumpe, alhamdullilah.

maka, tanpa membuang masa, aku terus pecut ke highway. xtau la brape ketul saman akan sampai. maafkan aku abg polisi, ni kes terpaksa sgt2..

semua demi wan.dapat tengok wan sebelum dia pergi. dapat hadiahkan yasin bagi mengurangi kesakitan yang dialami...... menemani wan sekurang2 wan tidak akan rasa keseorangan...

Monday, August 9, 2010

"Sambal Hijau" wan..

pagi tadi, cousin aku YM. die kata semalam, badan wan dah bengkak2. perut pun dah kembung sbb urin da x kluar. sedih. wan sakit sgt...cume wan x terluah..


sebenarnya, 2 3 ari before wan dimasukkan ke hosp melaka (masa mule2 die admit), wan dtg ke seremban. masa tu along aku wat doa selamat sempena masuk umah baru. wan tengah demam.die duduk je kat bawah kemah. aku duduk ngan wan..lepak2 cam biase.wat lawak bla..bla... pastu mkn2... mlm tu jugak wan balik ke kampung. 2 3 ari lps tu, pakman dtg jenguk wan kat kampung, tgk wan sgt lemah.... dan bermula la sakit wan...

wan masa birthday damia o4o4201o.



masa ni wan sehat lg.just kencing manis n darah tinggi yang x lah seteruk mane.wan masih ceria time ni.. see,masih boleh berparty.hehe...

dlu, mase aku pantang, wan yang jaga. die duk umah mak aku, tlg masak simple2 (tp upah org kedai masak jugak), jg damia, mandikan damia dsb.. walaupun, x la jage beriya, tp betterla dari aku dok sesorg berpantang sorang2. 2minggu wan jaga.pastu aku jg dri sendri seminggu sebelum aku berpantang ngan mak mertua di kuantan. seminggu di kuantan, direct ke umah wan sbb wan majlis akikah damia. x sangka... wan da prepare buaian berendoi.siap panggil kumpulan marhaban... aku x tau ape2..tau2 je,da macam2 persiapan wan buat utk majlis ni. trima kasih wan..........................

favorite kami sekeluarga ialah sambal hijau wan. x la complicated, just cili ijau, cili merah, bawang n telur....rasa nye..memang awesome!kalo wan masak sambal ijau n cucu2 wan balik, sure licin sambal walaupun lauk ikan kering goreng. sbb wan masak ape2 pun sedap. nak pulak masak lemak... peh..... memang sedap!walaupun aku tgk wan campak2 je dalam periuk.wan mmg best. trima kasih wan....................

dlu, cuti skola time kecik2 kompem mak ayah aku suh duk kampung duk ngn wan.em... sbb da biase,ok je duk ngan wan.wan suke entertain kami. kalo tau kami balik, wan beli macam2 jajan dlm peti ais... sonot!nak pulak aiskrim batang tu.banyak!n tetiap bulan,kompem wan beli URTV.walaupun wan x tau bc...tp die tau cucu2 wan akan baca...
er... ari ni cukup coretan untuk wan. kena g hosp tgk wan. nnt cont..
 
doa agar wan lebih sehat n tenang hari ni....

Doa untuk Wan...

hari ni aku rs sebak semacam. rs cam nak nanges tp xkan la x pasal2 pulak nak nanges tanpa sebab kan?hik. sebenarnya, pasal wan tersayang. dah dekat 2 bulan wan masuk hospital. puncanya demam. pastu tekanan darah jd tinggi. at the same time, jantung lemah.so.. warded la jawabnye.terkejut dgr wan masuk hospital bcoz before dis,atuk je yg slalo warded. skali wan masuk,terus teruk.die jd x tentu arah. badan panas semcm. ade satu ari tu, kat hosp melaka, doc panggil ahli kuarga yg ada, nak kejarkan die naik ambulans ke hosp serdang mlm tu jugak sbb nak pasangkan pacemaker ke jantung. dengan bantuan bateri,InsyaAllah heartbeat akan kuat... so,mlm tu jugak diorg pasang temporary pacemaker. mase tu wan da lemah.. seminggu lps tu, baru doc decide utk psg permanent pacemaker.. itu pun lps darah die kurang berkuman.. erm..mcm2..

lps pasang pacemaker,wan nmpk sehat.da bole balik ke senawang utk anak2 n cucu2 jg but x dapat berjln. bukan pe.. sbb da lame baring..da lupe teknik jln.huhu... nk mandi pun,kena angkat ke bilik air.. org lain kena mndikan. Aca la jd tukang mnd n pakaikan wan pampers.huhu. aku tukang cuci luka kat kaki wan... tukang msak dsb.

wan kuat semangat.ms xleh jln tu,die asik nak g berurut kat lubok cino.umh wan long enon.mase tu,wan nak merintih,meluah kt wan long...tp wan long asik kate.."ala..biaso la..dah tuo2..memcm la sakit eiiii"... wan diam. wan sedey tu. die x penah sakit teruk. asik mengadu nak balik kampung tp sapo nk jago wan.................?? at last,pas 2 weeks die asik nak balik, aca si hampagas tu pon bwk la die balik pagi..ptg lik senawang lik.dia puas ati n diam.puas ati dapat jumpe member sekampung.berhimpun member2 ke umah..nak melawat wan ni.balik dr kmpg, wan nmpk happy.da bole jalan2 ckit walaupun kene papah... mkn pun da ke dapur tp kene ade org angkat.nasib ade pakjun... xpon aca.tu je yg kuat angkat wan...

minggu berikutnya,wan da duduk umh maklong kat pd... pastu umah cik lina.. tp dalam waktu tu, 2 3 kali gak wan admitted ke hosp PD.die da muak duk hosp. last skali... die kena jugak admit ke hosp serdang.slpas doc x puas ati dgn tahap kesihatan wan... slalu sesak nafas so kena pakai bantuan oksigen.yang menjadi masalah... darah wan dah dijangkiti kuman...

permanent pacemaker terpaksa dikuarkan.ganti ngan temporary pacemaker yg tergantung di katil.wan slalu sesak nafas kebelakangan... adalah disebabkan paru2 da dijangkiti kuman.

paling menyedihkan, last week,wan terpaksa menggunakan bantuan pernafasan direct dr mulut terus ke paru2. wan dimorfinkan supaya x bergerak. wan da susah nak bernafas.. pakjun cerita, pg tu,tetibe wan jd sesak nafas.die panggil doc,..baru la doc wat bantuan tu pun wan da lemah sgt... ptg tu, aku dtg tgk wan.ada darah ckit kat mulut, sbb wan meronta masa dipakaikan... sakit beb..... wan dan CCU dah sebati.. india yg jg pintu CCU tu pon da kenal kitorg gaknye.....

kamis lepas, sepatutnye doc nak cabut alat pernafasan dr mulut tu, nak ganti tebuk kat leher. so, wan akan ade minor operation. sbb dikhuatiri lama sgt bantuan direct dr mulut, akan dijangkiti kuman lg... tp, pg tu cancel lagi.sbb darah masih berkuman n buah pinggang pun da x berfungsi..

macam2 masalah wan....paru-paru pun just 5% berfungsi... buah pinggang da x berfungsi so kena pam urine utk sedut kluar. darah dalam bdan berkuman,dan jantung menggunakan batteri. wan memang ada kencing manis.so,ibu jari kaki wan dah hitam.. tempat luka bawah kaki yang aku cuci dlu pun da itam.... jari tgn pun,a few da hitam... jari tgn kanan ok lg.kesian wan...

die sakit.tp x leh ckp.last week, aku leh lg jumpe die time die sedar... tp die just bukak mata.masuk je bilik wan, ciklina ckp "mak bukak mata, amus dtg"... wan terus bukak mata.tp x leh pusing kepala.kite yg kena pegi kat die.mase aku nk balik, aku ckp..."wan, amus balik dlu..."wan bukak mata lg... n kelip2 mata.. tanda ya kot.. sepnjang wan sedar tu, nmpk wan susah nak telan air liur.. sbb tiub pernafasan tu besar dlm tekak die.....aku salam wan.wan x bole angkat tgn... so,kena selak selimut.cium tgn wan.tgn wan sejuk................

tu last wan sedar.... lps tu wan x sedar dah.. jumaat lps aku jengok wan lagi. pintu bilik wan da ditutup. pelawat kena pakai mask n cuci tgn sbb dikhuatiri jangkitan bersilang. sunyi je bilik wan.yang dgr hanya ayat suci al-quran.. surah yasin mmg dipasang sepnjang wan di CCU.moga Allah permudahkan urusan Nya.ringankan sakit wan....

tangan wan dah bengkak.... muka wan pun nampak berisi. sbb drip. susu dimasukkan melalui hidung direct ke usus. kesian wan... kalo bukan sbb drip, mesti wan kurus..pucat... bibir wan pun da kering.rambut wan nipis. mcm bukan wan aku kenal sbelum ni.wan sebelum ni sgt kuat semangat..jarang sakit... erm....

semoga Allah memudahkan urusan berkaitan wan. kalo ditakdirkan wan akan pergi,biarla wan pergi dgn tenang. kalo wan akan sehat, biar la sehat seperti sediakala. buat ms ni, doc x meletakkan sebarang harapan.... hanya doa yang mengiringi wan tersayang.....

Wednesday, June 30, 2010

Poyo-poyo.

Memang poyo.

X caye..tengok jelitawan-jelitawan di bawah ini.. menjoinkan diri di satu aktiviti POCO-POCO dalam keadaan POYO-POYO.. hahaha. Actually, semalam ada poco-poco untuk student baru. orientasi la kirenye..  anyway, atas pentas tu ade instructor juge jelitawan cume gambar x dapat ditayangkan di sini kerana masih belum mampu mengatasi kejelitaan kami.. SO.. saksikan jelitawan ini..

{jelitawan mamamia bersama mamaaqil... finalist Jelitawan 2010. di belakang orang ramai sedang berpoco-poco. GEMUK!} 


{close up wajah jelitawan.. hahaha.nampak sangat malas berpoco-poco.. leh duduk saja tanpa rase bersalah!}


Actually ada sorang lagi jelitawan yang hampir tersungkur ketika pertandingan JELITAWAN 2010 turut sama berpoyo-poyo tetapi tiada dalam gambar poco-poco sebab dia adalah jurugambar kami pada ketika itu. HAHAHA. tapi, aku tetap upload gambar die walaupun gambar ni di'snap' ketika birthday raksasa kecik. 


{ini lah die misssiti.. masih solo dan comey lote.. sesape berkenan hubungi saye!}

JANGAN MARAH cik CT!

Kitorang berpoco-poco gak la. Step yang instructor ajar tu susah gak tp berbekalkan sedikit pengetahuan dalam ilmu poco-poco ni, leh la follow step beliau. Tapi.. SANGATTT x comey berpoco-poco memakai baju kurung. AND yang paling penting pada hari itu aku berpuasa.

ERM.. balik terus melepek. LAPARRRR..... AIR... AIR...

Nasib kuat iman. eh?




repek:: sangat riso.. damia cirit birit and demam malam tadi..

Monday, June 28, 2010

Relax Panjang II.

OK.
the next day, aku n family serta mak mertua berjalan ke JOM HEBOH bandar Kuantan. Ia bukan lah suatu kebiasaan tetapi julung2 kali berjalan ke tempat sesak cenggini, just membuang masa, membuang duit, membuang tenaga dan buang segala2 yang ada. haha. JAM! tp.. maybe kitorang pegi malam, so x bnyak sangat xtiviti. Gerai pun macam... erm. Masa tengah memilih kasut dak kecik tu, org gerai kasut crocs tu nak bungkus da. eh?baru kol 830 dah nak tutup?erm... cam x best pulak. Habis round, trus balik. Just beli kasut damia, Yogurt BLISS..(ni wajib), compact powder, belon, Scott Emulsion, n beberapa items.. eh.. macam bnyak pulak.


{kami di pesta.ceria kan???abaikan tudung yang same...}

{dak kecik yang sangat suke melasak!terpaksa berkejaran dengan beliau!pantang lepas!}

Ni je a few gambar yang disnap. sejak da gemuk ni malas nak bergambar. Nak ambik gambar org pun malas. hahaha. Esoknye aku nak pegi lagi, coz my sis in law kate kat luar padang lagiiiiiiii bnyak barang murah. aku ni kepantangan mendengar ade jualan murah. tp jem yang teramattt sangat, lantas Aseng bertanya kepadaku dengan lemah lembut agar perasaan ku tidak terguris "x yah la pegi.. JAM sangat..lain kali la..lagipun, kite nak lik seremban dah ni, kite pegi taman teruntum k??"eh..apekah persamaan JUALAN MURAH JOM HEBOH dan MINI ZOO TAMAN TERUNTUM??!!! waaaaaaaaaa...
tapi, sebab die pun cam tensi jammed and bercakap baik dengan ku, so.. aku pun balas dengan baik. ..

Akhirnye, berjalan la kami di MINI ZOO Taman Teruntum melawat Ular Sawa Batik, Burung Botak, Burung Helang, Musang Pulut, Kuda Padi dan Aseng Nasi Kukus. HAHA... tula.. x bawak g jualan murah, bawak saya makan nasi kukus malam ni.

see... ape persamaannye?
HANGIN.



Relax panjang.

FUHhh..
lame x update blog. bz sangat..chewah! tp last week aku baru je bercuti agak panjanggggg..walaupun 3 hari je.balik kampung. walaupun balik kampung,tp biase la... jarang2 sampai kuantan,semangat nak berpeleseran lebey tinggi dari semangat berehat di kampung. menikmati asap-asap ekzos bas ban-huat (arah ke jengka) lebih lazat berbanding udara segar di kampung.erm... wat kecik hati mertua je.

hari khamis pulang ke kampung (lahh konon!). belum panas punggung...esoknya dah kluar menenangkan fikiran di bandar.hahaha.TIPU.x tenang berada di bandar okkk. actually, aku terpaksa ke bank tukar bank card baru.card lame tu hampes,x leh kuar duit. lame gile turn okkk... baru setle. lepas setle,singgah jap umah kakak Aseng. Makan pe patut.... trus ke destinasi yang ditunggu2!..


GAMBANG WATERPARK!

aku memang da lame nak pegi.tp x berkesempatan.so,cuti panjang ni la time nak pegi. memang best kat ctu. tp aku rase best lagi A'Famosa WaterWorld kot. Kat Gambang ni, bawak bebudak best la.Paling best kat beach time ombak kuat.hahaha.... menakutkan sungguh.walaupun aku main kat part cetek (paling dalam pun takat lutut) tp seram jugakla sebab bawak raksasa kecik tu!die x takut air dalam!lagi nak ke tengah. aku yg seriau...

2nd place, kitorg pegi kat tempat mainan bebdk... castle tu.aku x perasan lak istilah2 nama yang diberi... x sempat nak bace sebab diri ini sangat teruja!hahahaha...eh..kat ctu pun best jugak walaupun untuk kids je... kami pun dikategorikan kids sbb bawak baby. Aseng asik pakse aku bawak anak die ke atas n kononnye trun gune slide.. huh,... baru sampai setengah tangga aku dah nak lemas.air hujan bnyak sangat! haha... sebenarnye die dah naik n lemas jugak sbb tu suruh aku pulak wat camtu.hampas. last2 dua x berani naik. raksasa juga yang nak naik sorang2!

ok.. tp aku x ambik gambar time mandi sbb da sewa locker siap2 kan.so harusla barang2 berharga seperti hp, camera dan slipar busuk sume sumbat dalam locker. x mo komitmen menjaga ketika mandi. huhu... yg best nye kat cni ialah NO CASH dalam area waterpark. sume da topup dalam ticket yang di beli dan dibelit di tangan.so, sewa tube, beli drinks dll just gune tiket je. tp, if kite x abis gune topup tu, money leh redeem. AND... harus diingatkan bahawa value minimum adalah RM50!but...worth la. puas hati. x la mahal sangat sewa macam2 dalam tu,coz yang mahal adelah rental fee yang mempunyai deposit. BUT.... deposit adalah dipulangkan setelah anda memulangkan barang.




{pic after kluar dr waterpark.see.. sangat ceria kerana dapat bermain air.}



{si raksasa bersama bapanya.muka sangat masam kerana letih bermain!}


{big mama with small daughter. ok.fine. i'm big.}



ambik gambar pun setelah kluar dari waterpark..maklumla,mase nmpk air,cam kurang sedar diri ckit.bile dah x nampak air,baru cam OWH!! sedar diri ckit.huhu.penat ok... mule la bile da penat, kejap kejap aku sohsehsohseh ngan Aseng, lapar la... kami dua beranak lapar la..hape la.so... nk x nak,aseng bawak kami ke bandar smula..walaupun tujuan utama adalah bayar duit keta di bank,tp di sampaing itu,boleh juga aku menikmati juadah bandar.huk.

TADAAAA!!!



{gamba makanan xde,hanya gambar dua beranak ni je.makan di benteng.nasi lemak simple yang best n damia sangat suke nasi air!mama nye suke semua! erm.}


Maybe sebab terlalu lapar kot sebab tu sume nye jadi sedap. tapi, series.. nasi air memang sedap. dulu aku x penah..x penah ..TIDAK PERNAH makan nasi air ni.macam sangat kelakar diberi nama NASI AIR. rupenye NASI AIR dengan SUP adalah LAZAT. skali rase..huh..memang nyummmmmm... lepas makan, bole la menikmati pemandangan di muara sungai.tengah syok syok berjalan di tepi sungai berbahagia bersama keluarga, tibe-tibe Aseng leh kate: "Erm.. kat atas ni kalo awak nk tau ade kubur"... aku pun macam. erm. jom balik. bukan takut jumpe hantu. tapi takut budak kecik ni x tido malam.. maunye hantu kubur tu ikut kite balik di malam yang indah ni, x ke susah kite bang oiiii??????

ok.tu saje aktiviti di hari jumaat yang mulia. eh?



Tuesday, June 15, 2010

Hero 2028.

HERO.



Ini adalah tajuk yang diberi untuk assignment baru-baru ini by using software movie maker n audacity. Ist time guna audacity, so kena xplore lebey. Group work. Entertaining. Relaxing. Maybe sbb jenis kerja ni.. keja yang biase dibuat. Keja yang leceh tapi tidak melibatkan penulisan esei yang panjang lebar. Keja yang leceh sampai x tido malam tapi x memerlukan buku dan bahan bacaan. Tenang.

Di bawah adalah hasil HERO kami. Hero menjelang 2028.



{Hero 2028. Akan menyelamatkan dunia dari peperangan suatu hari nanti}



 

Hopefully, HERO ini akan membantu dunia satu ari nanti. Membantu Palestin memusnahkan Israel. Aku x la update sgt dgn current news. Heran tgk member aku yang selalu update news kat status fb. Boleh kate, tiap hari ade je news baru especially pasal politik. Biasa aku baca pasal PKR la. Selidik punye selidik rupenye die keja kat bilik gerakan. Patutla, ape je jadi mase bersidang kat parlimen,die tau.die update dulu before buletin utama update. Erm... baru2 ni pulak, ramai member yang slalo update pasal Palestin. Cepat je die dapat news. Maybe sbb die keja dengan MERCY kots.



Opppssss....!!!



Picis. Repek.


 Proses of retouching.

Raw picture. Before touch up.



After touch up. Add some texture, shading, filter etc.



Amacam. OK?

Hero to Zero Part II

OK.
Post kali ni story pulak life selepas kehidupan sebagai budak kecik.
Masa remaja aku bukan la bessssssttttttt sgt dengan kemewahan yang melampau.
Ini adalah kerana 5 tahun di sekolah menengah aku stay di hostel. semua jenis hostel aku merasa.
(eh, macam kan ko duk asik tukar sekolah je??)


maybe sbb tu adalah faktor nape aku kurang close dgn ayah. kalo la sampai skang aku close ngan ayah,pasti idup aku senang lenang skang.wakakakaka. ok. rahsia k.


aku penah duk 3 hostel (yang rasmi) tapi, life paling best adalah bile duk kat hostel sek. teknik mase form 4 n form 5. mase form 1 aku bersekolah di sebuah sekolah kongkang yang tidak boleh dinyatakan di sini. then form 2 -3 aku mempunyai kesedaran sivik dan berpindah ke sekolah asrama penuh. tibe-tibe masa aku tgh study di sekolah kongkang tersebut, kelas ku didatangi oleh cikgu kata parents aku dtg. aku pun turun jumpa. masa tu aku pk gak,apesal tetibe mak ayah aku datang.rupenye kena pindah sekolah. ahhhh.. sudah. terus kemas baju, barang n salam memember kongkang segala bagai, terus pindah ke sekolah baru. tekanan.


tapi, sebab bunyi parents macam serius dan pelajaran aku makin merosot (walaupun dr dlu lagi asik merosot) aku terima keadaan itu seadanya.


masuk sekolah baru yang bernama sekolah 'X'.. macam la rahsia sgt. ok la. clue: sebuah sekolah berasrama penuh di Pedassssssss....... tapi aku malas crite sekolah tu. x best.


yang best adalah di sekolah teknik kerana ramai kekawan 'ronggeng'. kekawan untuk melakukan segala kejahatan yang diizinkan.wakakaka. tapi kami x jahat. kami x kacau orang. kami kacau diri sendiri. penah satu malam, aku follow geng2 fly malam. satu malam tu je. saje la.. pengalaman before keluar hostel kan.masa dlu memang glamor nasi goreng pattaya 'gemok'.pepaham la duk hostel memalam, lepas prep. sure lapar gile. n, yang paling penting, masa tu aku kurus. makan sekawah pon, ok.tp skang, makan nasi mangkuk kecik pon, effect gemok berbulan-bulan. ok dah. abaikan kegemukan aku skrang.

mase fly, memang x kantoi. setelah berbulan-bulan, menghampiri musim SPM, tetibe kami dipanggil oleh warden di surau. ha..mase tu sume student kena panggil. rupenye nak kondem kitorg pasal kes fly. SAHHH...ade BARUA BESAR!.. bayangkan, dah berbulan-bulan kitorg fly, baru nak sebut kes.Wahhhhh.....! mase kat surau tu, memang teruk kitorg kena. rupenye, tu 1st time jugak warden tau yang senior2 kitorg dlu pon slalu fly. sadis. berminggu-minggu jugakla kitorang asik kena panggil. last2 perkara tu berlalu tanpa tindakan yang maha dahsyat. TQ cikgu najib!our ketua warden yang best!

tapi, tu sume kisah lalu.bnyak lagi kejahatan aku wat ngan member2 ronggeng. nanti aku uplod gambar dorg. ramai da kawen. last aku jumpe dorg, Jun 2008.dalam satu majlis gilang gemilang.wakakaka. nnt aku crite.


to Fahee, Alynn, Onee, Aeyn, Jue, Adeq, Bardax, Czuka, Yana (Ketua Aspuri), Rohaida, Ina dll... (ramai sgt!)..korang memang best!



{ni lah majlis gempak tu.haha. feeling. tapi ni bukan member2 ronggeng. ni member biol. see.. gaya bergambar pun biol. wakaka. masa aku study kat JB dlu. memang sempoi study sana dlu}.

Lepas sekolah, aku dapat sambung belajar. x la segempak mane, malah langsung x gempak.tp aku suke ngan bidang skang. sgt enjoyyy! kekdang hancus. tapi abaikan.

Aku sambung degree di Unimas. Okla. x best duk jauh. Jauh ngan mak ayah. Jauh ngan boyfren. Masa tu aku ade bf. haha. bf duk JB. aku kat Kuching. Bayangkan.... banyakkk sgt dugaan. tp alhamdullilah...


{ni la bf aku dulu. ensem x?hahaha. serabut ok mamat ni. sgt x romantik. eh. terkutuk pulak.}


Now, aku masih lagi belajar. Sambung Dip Ed Mara-UPSI.penat okkk. belajar,belajar, belajar... sampai bile2 pun x abis blajar. balik ofis pun, belajar untuk mengajar.. adoiiii.. penat!

Tu jela kot crite pasal life aku yang tidak la seberapa ni.aku x reti mengarang. x pandai karangan. jarang tengok batu karang. so, aku x pandai nak bercerita dengan hebat. ni pun masih belajar. see... belajar lagi. penat!

dahla.. ni betul2 penat. sangat penat. penat nak rehat. nak rehat sangat2.


Monday, June 14, 2010

Kecil ke Besar, Muda ke Tua, Zero to Hero.

Erm.
dulu mase kecik-kecik, aku x pasti ape yg akn jd pada hidup aku.berbagai persolan timbul. kerja hebat ke aku? kawen ke aku? leh idup sendri ke? .. ahh.. macam2.


family aku org biase2 saje. mak chekgu, ayah keje gomen. abg dua2 nakal.adik degil.cam keluarga biase. tiade istimewa. cume yg leh diingati,mase kecik,kami empat beradik slalu pakai baju tema yg sama. maklumlah.. membesar bersama.


mase kecik aku rapat ngan ayah. aku lupe mak aku ade bersama dlm hidup aku.dalam kreta, aku x suke org lain duk blakang ayah. ayah tu aku punye.
tp bile da besar, aku da ok ok je. da segan beb. rapat ngn mak pulak.skang x la..


dlu aku x suke adik aku.sbb die geng mak aku. asik berkepit..pastu nanges.
gedik. abang2 aku buat haluan sendri. so, aku x musuh ngan dorg sbb x curik ayah aku.


mase sek rendah, pas balik skola,aku akan bersiap2 utk bersukan(chewwah)..
naik beskal ngan abg aku g padang kat tepi loji. aku brenti dpn loji.
tngu mmber aku umah dpn loji. name die syaidatina. mak die garang. sbb tu aku tngu depan loji. keji.


aku main ngan die kat padang.bukan main pun. duk dlm gelung simen.main 'berangan-berangan'.best. sblah padang ade surau. bile maghrib, kami pun balik umah masing2.
mase tu ade satu kepercayaan,sape lambat,hantu susu akan ikut die sampai umah.
memandangkan umah aku jauh, kena naik bukit bagai, harusla aku pulang dlu.
supaya tidurku x diganggu hantu susu.


tu kisah dlu. skrg hantu susu pun da takut ngan aku. aku lebih hantu dari beliau. eh.bukan.


alhamdullilah..da kerja.da besar panjang. x lah keja hebat mane.
at least, dapat menjawab persoalan aku mase kecik dlu.
dapat jugak keje,dapat jugak kawen,dapat jugak idup sendri..



{smoga hidup lebey stabil walaupun sentiasa newly wed.wiwittt!!!}






ok. to be continue.


Pantun 4 Kerat.

Buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong tunjukkan,
saya budak baru belajar,
kalo salah tolong tunjukkan.


wiwittt!!!


pandai sungguh ainur berpantun sebagai mukadimah kata.
dan,sangat teruja dapat explore blogspot di peringkat diploma.


yea. nway, WELCOME!